Rahsia Kami


SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH
Prasekolah Kementerian Pendididikan Malaysia diwujudkan di sekolah-sekolah kerajaan pada 1992 di seluruh Malaysia. Lapan buah kelas prasekolah dibuka sebagai perintis di Daerah Kluang untuk memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak di luar bandar. Pada tahun 2002, sebuah lagi kelas prasekolah telah dibuka. Perluasan prasekolah 2003 pula sebanyak 23 buah kelas prasekolah dibuka dari 21 buah sekolah. Pada tahun 2004 pula, sebanyak 5 buah kelas prasekolah lagi telah dibuka.
Seterusnya pada tahun berikutnya terdapat 9 buah kelas prasekolah telah diwujudkan di Daerah Kluang. Ini menjadikan sebanyak 46 buah kelas dibuka pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula sebanyak 5 buah kelas prasekolah telah dibuka iaitu menjadikannya 51 buah kelas prasekolah yang terdapat dalam Daerah Kluang. Sehingga tahun 2007, terdapat sebanyak 61 buah kelas telah dibuka dalam Daerah Kluang. Ini termasuk 3 kelas Prasekolah Pendidikan Khas. Pada tahun seterusnya pula, terdapat 13 buah kelas lagi dibuka. Ini menjadikan sebanyak 74 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran di Daerah Kluang ini termasuk SJK (C) dan SJK (T).
Sebanyak 16 kelas perluasan telah dibuka pada tahun 2010. Ini menjadikan kelas prasekolah di Daerah Kluang sebanyak 90 buah kelas.

PRASEKOLAH SK LELAKI BANDAR, KLUANG
2012
Prasekolah SKLB yang dibuka pada Januari 2003 adalah merupakan salah sebuah daripada 21 buah prasekolah perluasan 2003. Pra Arif dan Pra Bijak merupakan nama bagi kelas prasekolah di SK Lelaki Bandar, Kluang. Nama Arif dan Bijak diambil sebagai satu kesinambungan prasekolah ke tahap 1 dan tahap 2 aliran perdana nanti. Setiap kelas terdiri daripada 25 orang kanak-kanak. Mulai 2010, pembelajaran bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi iaitu 4 jam pembelajaran setiap hari.
Prasekolah ini mempunyai dua orang tenaga pengajar yang mempunyai pengkhususan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan dibantu oleh dua orang pembantu pengurusan murid. Guru yang mengajar kelas Pra Arif ialah Puan Nazatulakma binti Satar turut dibantu oleh Puan Suzana binti Sahlan dan guru bagi kelas Pra Bijak ialah Puan Noratenadewi binti Tebana dibantu oleh Puan Rosiah binti Rahmat.
Kurikulum yang disediakan adalah mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikenali dengan KSPK iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (mulai 2010). Kurikulum ini selaras digunakan oleh semua prasekolah atau tadika swasta. KSPK merangkumi 6 tunjang utama iaitu, Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Kerohanian, Nilai dan Sikap, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Keterampilan Diri.



Alhamdulillah.... syukur kepada Allah S.W.T

Ini merupakan tahun ke dua saya mengajar Prasekolah Bijak SK Lelaki Bandar, Kluang. Saya juga bersyukur dan merasa terhutang budi kepada Guru Besar lama sekolah saya iaitu Tuan Haji Hanif bin Ghazali serta pihak sekolah SK Lelaki Bandar, Kluang kerana memberi kepercayaan kepada saya yang awalnya mengajar subjek Bahasa Malayu tahun 4,5 dan 6 bermula 2007 hingga 2010 kembali kepada opsyen sebenar saya. Terima kasih tuan. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Ahmad bin Kamari Guru Besar baharu, yang mendorong saya tanpa henti dengan kata-kata hikmah dan nasihat-nasihat beliau. "Jangan mengeluh atau menolak, terima sahaja dulu, buat dan tunjukkan..."  " Bersabar sentiasa.. dan inovatif.." Itulah antara pendorong semangat saya yang tidak akan luntur. Alhamdulillah janji saya kepada beliau untuk menaikkan nama kelas dan sekolah diperingkat tinggi telah saya tunaikan. Namun ia masih belum mencapai tahap yang saya inginkan. Saya akan terus mencuba dalam pencapaian PdP, Kokurikulum mahupun pencapaian luar. InsyaAllah..

Saya panjatkan syukur tidak terhingga kerana ditemukan PPM - Pembantu Pengurusan Murid  (Puan Rosiah binti Rahmat) yang ringan tulang dan banyak membantu saya dalam apa jua bidang dan tugas. 

Antara kejayaan tertinggi Pelajar Prasekolah kelas Bijak perolehi sepanjang 2011 hingga 2012 :

1. Tokoh Keseluruhan- Pelajar Prasekolah Akademik dan Kokurikulum 2011(Anugerah Cemerlang 2011)
2. Johan - Baling Bola Lisut (L) Peringkat Zon Kluang Barat dan Daerah Kluang 2011
3. Naib Johan (P) - Baling Bola Lisut (P) Peringkat Zon Kluang Barat
4. Tokoh Keseluruhan - Pelajar Prasekolah Akademik dan Kokurikulum 2012 (Anugerah Cemerlang 2012)
5. Naib Johan - Tarian Rampai Prasekolah Peringkat Daerah Kluang

Antara kejayaan tertinggi Guru Prasekolah kelas Bijak perolehi sepanjang 2011 hingga 2012 :

1. Naib Johan - Nyanyian Pertandingan Tatih Seni NoranizaIdris 2011
2. Johan - Pertandingan Amalan Terbaik PdP Prasekolah Peringkat Daerah Kluang 2012
3. Lima Terbaik - Tarian MSKPP Daerah Kluang Peringakat Negeri Johor 2012
4. Latikan Jurulatih Tarian - Pertandingan Tarian 1 Malaysia, Karnival Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan (Kontijen Negeri Johor - Pelajar Bermasalah Pendengaran) 2012
5. Tempat Ketiga - Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2012

Antara Kejayaan Tertinggi PPM Prasekolah kelas Bijak perolehi sepanjang 2011 hingga 2012 :
1. Johan - Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kebangsaan  Peringkat Sekolah 2011
2. Naib Johan - Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kebangsaan  Peringkat Sekolah 2012



PERTANDINGAN INOVASI 2011
PUAN NORATENADEWI BINTI TEBANA
HAK CIPTA TERPELIHARA
SK LELAKI BANDAR, KLUANG 2011


BAHAGIAN A
PANDUAN DISIPLIN SEKOLAH

Definisi Disiplin


            Disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang memberikan latihan pada pemikiran dan kelakuan agar individu boleh mengawal diri untuk sentiasa berkelakuan baik, disamping sedia mematuhi hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang.

1.             Matlamat

Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa.

Menambah serta memupuk minat dan semangat untuk belajar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan murid.

Melahirkan generasi terpelajar yang bertanggungjawab serta bersatu padu dan setia kepada negara.

Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.

Melahirkan insan yang kamil.

Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.
       



                                                  

2             Objektif

1.1          Meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang kurikulum.
1.2         Meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang ko-kurikulum.
1.3         Meningkatkan mutu disiplin murid-murid.
1.4         Melahirkan murid-murid yang berwibawa serta memiliki sifat-sifat kepimpinan.
1.5         Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan ceria.


BAHAGIAN B

PAKAIAN DAN SAHSIAH MURID



1.             Pakaian Seragam Sekolah

1.1            Murid dikehendaki memakai pakaian lengkap prasekolah mengikut jadual pemakaian pada hari yang betul. Sekiranya bertali pinggang, pastikan ia berwarna gelap, tidak terlalu lebar dan tidak mempunyai kepala yang besar atau bertuas.
1.2           Baju sukan berlengan pendek hendaklah dipakai dengan sempurna iaitu memasukkan kaki baju ke dalam bahagian atas seluar.
1.3           Murid dikehendaki memakai kasut kanvas (bukan kulit) berwarna putih serta 
          dipadankan dengan stokin berwarna putih juga.             
1.4           Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai pada hari persekolahan, lawatan dan majlis-majlis rasmi sekolah.


2.            Pendidikan Jasmani / Sukan

2.1           Sewaktu menjalani pendidikan jasmani dan latihan sukan, murid-murid dikehendaki memakai baju ‘ T ‘ berlambang  JPN atau sekolah dan seluar ‘trek’ yang diberikan. Baju ‘T’ yang ranggi, berwarna warni atau bertulis dengan kata-kata yang tidak sesuai adalah DILARANG SAMA SEKALI.


3.            Lencana Sekolah / Tanda Nama

3.1           Murid-murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama (teg nama) yang disematkan di bahagian dada kiri pakaian seragam sekolah, pada hari-hari persekolahan, lawatan, kegiatan dan majlis-majlis rasmi sekolah. 

4.            Rambut dan Kuku

4.1           Murid tidak dibenarkan berambut panjang iaitu sehingga bahagian belakang mencecah kolar baju dan bahagian tepi mencecah cuping telinga.
4.2          Murid dikehendaki menjaga rambut supaya sentiasa bersih, dan disisir dengan kemas.
4.3          Murid-murid dilarang mewarnakan rambut atau menyimpan fesyen rambut yang aneh seperti ‘punk’ dan sebagainya.
4.4          Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang.

 

BAHAGIAN C

TATA KELAKUAN

1.             Dalam Bilik Darjah

            Semua murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah pada setiap masa belajar dengan keadaan senyap dan bersopan.
            Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.
Murid-murid hendaklah memastikan suis lampu dan kipas ditutup dengan meminta bantuan daripada guru sebelum meninggalkan bilik darjah untuk aktiviti luar bilik darjah, ke balai bacaan, ke makmal, ke bilik komputer, ke bilik tayang atau balik.                                   
  
        Murid-murid yang mendapati dirinya kurang sihat boleh memberitahu guru untuk berehat di bilik sakit, balik ke rumah atau ke hospital.
        Murid-murid tidak dibenarkan untuk ke tandas secara berkumpulan namun diizinkan berteman.
        Perhimpunan – Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah apabila loceng pertama dibunyikan sebelum masuk ke kelas untuk pelajaran pertama. Murid-murid juga dikehendaki berbuat demikian apabila loceng akhir dibunyikan sebelum balik.


2.            Dalam Kawasan Sekolah

Murid-murid dikehendaki sentiasa berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan.

Murid-murid tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan sekolah kecuali dengan izin guru besar atau wakilnya.

        Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, membuat bising sewaktu pergi ke kantin, ke tempat perhimpunan, ke tandas, ke perpustakaan, ke bilik tayang, ke bilik komputer dan ketempat-tempat lain dalam kawasan sekolah.
         
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru besar, bilik penolong kanan,pejabat, setor sukan, bilik SPBT, bilik sumber, bilik komputer dan bilik-bilik larangan yang lain kecuali atas  arahan atau dengan izin guru.
                                                 

3.            Perpustakaan

Murid-murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah ketika memasuki perpustakaan.
Murid-murid dilarang bermain, berbual-bual atau berbuat bising di dalam perpustakaan.
Pinjaman dan pemulangan buku-buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan-peraturan perpustakaan.
Murid-murid digalakkan menggunakan perpustakaan dengan sebaik-baiknya.
        Murid-murid sentiasa di bawah pengawasan guru.


4.            Waktu Rehat

Murid-murid berada di dalam kelas pada waktu rehat bersama guru dan pembantu pengurussn murid.
Murid-murid yang tidak berada di ruang makan  hendaklah berada di ruang  atau tunjang bacaan, perpustakaan mini, atau melakukan aktiviti yang bersesuaian.
Murid-murid dilarang bermain, berkejar-kejaran pada waktu rehat kerana ini boleh menyebabkan murid letih dan berpeluh sehingga tidak boleh belajar atau mungkin juga cedera.

  
        Murid-murid yang pergi ke kantin hendaklah makan dan minum di tempat duduk yang disediakan.
        Murid-murid hendaklah beratur ketika mengambil makanan dan minuman.
         Dilarang memotong barisan ketika mendapatkan makanan minuman.
        Murid-murid dilarang makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.
        Murid-murid dikehendaki berhenti makan atau minum sebaik masa telah tamat.
        Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah.


BAHAGIAN  D

KEBERSIHAN


1.                Bilik Darjah


Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah.

Satu jadual tugasan membersihkan bilik darjah hendaklah dipaparkan di dalam bilik darjah. Bagi mempelajari asas kendiri.

        Murid-murid yang bertugas dikehendaki membersihkan bilik darjah, papan hijau, membuang sampah dan mengemaskan susun atur meja dan bangku.

  
        Murid-murid dilarang menconteng meja, kerusi , cermin tingkap, pintu dan dinding bilik darjah.

2.               Kantin

        Sekiranya berada di kantin, murid-murid dilarang membuang sampah atau sisa makanan di lantai atau disepahkan di meja, sebaliknya buang segala sampah atau sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan.
        Pastikan murid-murid membasuh tangan di dalam singki dengan berhati-hati.
        Selepas makan, segala alatan makanan seperti pinggan, gelas, sudu dan sebagainya diletakkan di tempat yang disediakan oleh pengusaha kantin.


3.               Tandas

        Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan tandas.
        Murid-murid di larang membuang air besar atau air kecil merata-rata dalam tandas .
        Selepas membuang air besar atau air kecil, najis mestilah dibersihkan.
        Dilarang menconteng dinding bilik tandas.
        Apabila meninggalkan bilik tandas, pastikan pili air dan suis lampu ditutup.
        Pembaziran air dielakkan.
  
4.               Kawasan Sekolah

Setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.
        Sampah-sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
        Murid-murid dilarang membuang sampah seperti kertas, botol kosong, bungkusan makanan dan sebagainya dimerata tempat terutamanya di dalam longkang.
        Murid-murid juga ditegah mematahkan dahan-dahan pokok yang ditanam di kawasan sekolah.


BAHAGIAN E

KESELAMATAN


1.                Keselamatan Diri
        Murid-murid dilarang membawa senjata tajam seperti pisau yang boleh mengundang bahaya kepada diri dan murid yang lain.
         
Murid-murid yang berbasikal ke sekolah hendaklah meletakkan basikal mereka di tempat basikal yang disediakan oleh sekolah dengan berkunci.

Murid-murid dilarang membawa wang yang terlalu banyak atau barang kemas ke sekolah.

Murid-murid dinasihati agar tidak meninggalkan wang atau barangan lain yang berharga di dalam bilik darjah sewaktu tidak berada dalam bilik  darjah  Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangan murid yang disebabkan kecuaian atau tidak mematuhi arahan sekolah.
        Untuk perlindungan kemalangan, murid-murid diwajibkan mengambil Insuran Takaful.

2.               Harta Benda Sekolah

        Murid-murid adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan semua harta benda sekolah.
        Murid-murid yang didapati memecahkan cermin tingkap, sama ada disengajakan atau tidak akan dikehendaki menggantikannya.
        Murid-murid dilarang melakukan sesuatu yang merosakkan harta benda sekolah iaitu meja, kerusi, papan-papan notis,buku-buku perpustakaan, alatan bantu mengajar dalam bilik darjah, pili-pili air, dan pelbagai alatan sukan.
        Murid-murid juga dilarang melakukan sesuatu yang merosakkan harta benda awam yang diletakkan di premis sekolah seperti peti telefon, alat pemadam api, suis utama bekalan elektrik dan meter-meter bekalan air yang berada di dalamsekolah.
        Murid-murid tidak dibenarkan mengambil alatan sukan atau pendidikan jasmani kecuali dengan arahan dan izin guru.

        Alatan sukan dan pendidikan jasmani yang telah dipinjam hendaklah dipulangkan semula ke tempat simpanan asal dalam keadaan baik.
        Alatan sukan atau alatan pendidikan jasmani yang rosak sewaktu digunakan disebabkan oleh sesuatu yang tidak munasabah, adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka yang berkenaan.
        Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk mengadukan kepada guru jika terlihat sesiapa sahaja yang merosakkan harta benda sekolah.
        Murid yang menemui sesuatu benda atau barangan yang berharga, hendaklah menyerahkannya kepada guru.


BAHAGIAN   F
KEHADIRAN


1.             Waktu Belajar

1.1           Persekolahan dijalankan dalam satu sesi iaitu sesi pagi sahaja.
1.2          Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
1.3           
Hari Isnin hingga Khamis:
Sesi pagi   -    7.30 pagi   -11.30 pagi
                          

Hari Jumaat
                              Sesi pagi -   7.30 pagi -       11.30  pagi
    
1.4          Pada hari Jumaat murid-murid dilarang berada dalam kawasan sekolahdari pukul 12.10 tengah hari hingga pukul 2.00 petang.
1.5          Murid-murid dilarang datang lewat ke sekolah dan pihak sekolah akan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga murid.
1.6          Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan sakit atau hal-hal lain hendaklah memberitahu sekolah dengan bersurat.
1.7          Ibu bapa / penjaga perlu menghantar anak dalam jagaan sebelum waktu persekolahan bermula iaitu sebelum 7.30 pagi.
1.8          Ibu bapa/ penjaga perlu mangambil anak pada jam 11.30 pagi atau selewat-lewatnya 11.45 pagi.
1.9          Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa pulang anak/ jagaan mereka kerana sesuatu hal peribadi, hendaklah mendapatkan izin daripada guru besar dengan mengisikan maklumat yang dikehendaki oleh sekolah.
1.10        Ibu bapa/ penjaga dilarang membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil anak/ jagaan mereka.

2.            Perhimpunan

2.1         Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin sebagaimana berikut:
                           Mulai pukul 7.20 pagi hingga 8.00pagi.
2.2        Setiap murid wajib menghadirkan diri dalam perhimpunan sekolah.
2.3        Apabila lonceng untuk perhimpunan dibunyikan murid-murid dikehendaki pergi ke tempat perhimpunan dengan segera.
2.4        Murid-murid yang lewat sampai hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh pengawas sehingga perhimpunan selesai.
2.5        Murid-murid dikehendaki menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Lagu Bangsa Johor dengan penuh semangat.


3.            Kegiatan kurikulum

3.1          Kegiatan kurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan sekolah.
3.2         Murid-murid diwajibkan menghadirkan diri untuk kegiatan kurikulum iaitu sukan, karnival dan lawatan.
3.3         Murid-murid digalakkan mengikuti lawatan kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh sekolah
tetapi terlebih dahulu murid-murid dikehendak mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.                          

           Sewaktu menjalani kegiatan kokurikulum, murid-murid dikehendaki  memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian-pakaian yang telah ditetapkan untuk kegiatan tersebut.

4.            Ponteng Sekolah

4.1         Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang kenyataan adalah dianggap ponteng sekolah.
4.2        Ibu bapa / penjaga akan diberitahu secara bertulis apabila anak / jagaan mereka tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari yang berselang seli.
4.3        Murid-murid boleh dikenakan tindakan buang sekolah setelah menerima tiga kali amaran bertulis dari pihak sekolah.


BAHAGIAN   G
INSURAN DAN PELBAGAI

1.          Insuran Takaful

        Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan murid-murid menyerti Skim Insuran Takaful ini.
        Caruman untuk skim ini hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.
        Skim Insuran Takaful  akan memberikan pampas an untuk rawatan ke hospital kerana kemalangan sahaja atau kematian sama ada yang disebabkan oleh sakit atau kemalangan.

        Semua tuntutan untuk skim insuran ini hendaklah dimajukan kepada Syarikat Takaful Malaysia melalui sekolah.

2.          PIBG (Jika perlu dibayar) dan Pelbagai

        Sebarang bentuk derma kepada PIBG dan sekolah tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun ibu bapa /penjaga digalakkan menderma agar dapat sama-sama membantu perjalanan PIBG dan sekolah.
        Murid-murid akan diminta menjelaskan amaun yang
munasabah untuk kegiatan atau program prasekolah.



BAHAGIAN  H
BERTUKAR SEKOLAH

1.              Dokumen

        Ibu bapa/ penjaga murid yang hendak menukarkan anaknya ke sekolah lain hendaklah datang sendiri ke sekolah untuk mendapatkan surat tukar sekolah.
         
        Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan yang segala pembayaran telah dijelaskan.


BAHAGIAN  I
RAWATAN DI HOSPITAL

1.              Surat Pengenalan

        Murid-murid yang perlukan rawatan di hospital hendaklah mendapatkan surat pengenalan dari pihak sekolah.
        Sekiranya murid itu diberikan cuti sakit atau  dimasukkan ke wad, ibu bapa hendaklah memberitahu pihak sekolah dengan segera.


BAHAGIAN  J
KESALAHAN-KESALAHAN TATAKELAKUAN

1.              Tingkah Laku Jenayah

        Berjudi, bertaruh.
        Mencuri.
        Melawan /mengancam/ memukul/ mencederakan guru,kakitangan sekolah, pengawas, ketua darjah    atau murid-murid lain.
        Memeras ugut/ membuli.
        Membawa senjata/ benda-benda yang boleh dijadikan senjata.
        Mencabul kehormatan.
        Menceroboh bilik-bilik khas, kedai buku, pejabat atau surau sekolah.
        Menunjuk perasaan/ mengganggu ketenteraman sekolah.

2.             Tingkah laku Lucah

        Membawa bahan lucah ke sekolah.
        Mengeluarkan katas-kata lucah/ menunjukkan      
        perbuatan lucah.
        Melukis gambar/ menulis kata-kata lucah.
        Menulis dan menerima surat cinta.

    
3.             Tingkahlaku tidak mementingkan masa

        Berkeliaran di kawasan sekolah sewaktu ada  
        pelajaran di kelas.
        Datang lewat ke sekolah.
        Lewat hadir ke perhimpunan.

4.             Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadap

        Berkelakuan kasar terhadap guru/ Pengawas/ Ketua
        darjah/ murid lain.
        Tidak menghormati guru/pengawas/ ketua darjah.
        Berbahasa kesat.
        Menyimpan/ menghisap/ mengedar rokok.
        Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.


5.             Tingkahlaku Tidak jujur/ Menipu

        Bercakap bohong / menipu guru, pengawas, ketua darjah dan kakitangan sekolah yang melibatkan harta benda, barangan atau kepercayaan.
         

6.             Ponteng

        Ponteng kelas, sekolah atau perhimpunan.
        Ponteng kegiatan kokurikulum.
        Ponteng ujian/ peperiksaan.
     

BAHAGIAN  K
DENDA DAN HUKUMAN

1.             Takrif Kesalahan

        Mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam undang-undang sekolah adalah ditakrifkan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan denda dan hukuman.
        Murid yang didapati melakukan sesuatu kesalahan akan diberi peluang untuk membela diri.
        Murid yang didapati sabit melakukan kesalahan akan dikenakan denda atau hukuman.


2.            Prosedur Mengenakan Hukuman

        Siasatan yang rapi akan dijalankan ke atas setiap aduan mengenai sesuatu salah laku yang dilakukan oleh murid.
        Setelah didapati sabit sesuatu kesalahan, murid yang melakukan salah laku akan diminta memberikan pengakuan secara bertulis tentang salah laku yang telah dilakukannya.



        Ibu bapa / penjaga akan dihubungi secara bertulis mengenai salah laku yang dilakukan oleh anak /jagaan mereka.
        Ibu bapa  / penjaga diminta datang ke sekolah untuk membincangkan cara-cara mengatasi agar .

        salah laku yang sama tidak diulangi oleh anak       
                 jagaan mereka
        Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam buku rekod salah laku murid dan dimajukan ke pengetahuan Pegawai Pelajaran Daerah.


3.            Bentuk Denda dan Hukuman

        Murid yang melakukan kesalahan ringan akan diberikan amaran.
        Murid yang mengulangi kesalahan yang sama sebanyak tiga kali akan dikenakan sebatan.
        Murid yang melakukan kesalahan yang berat walaupun baru kali pertama, akan diberikan amaran dan dikenakan sebatan.
        Denda akan dikenakan ke atas murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak.
        Murid yang mengulangi perbuatan merosakkan harta benda sekolah sebanyak tiga kali akan dikenakan denda dan dimaklumkan kepada ibubapa atau penjaga.
        Hukuman sebat (merotan) akan dilakukan oleh Guru Besar atau guru yang diturunkan kuasa kepada mereka iaitu Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru Disiplin.
  

        Setiap hukuman sebat yang dijalankan ke atas murid akan disaksikan oleh seorang guru lain.



Perakuan/Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga :

Saya dengan ini telah membaca dan membacakan Panduan Disiplin Sekolah SK Lelaki Bandar, Kluang yang terkandung di dalam Buku Perisian Makluman kepada anak dalam jagaan saya.
Saya juga mempersetujui setiap apa yang tentera di dalam buku ini.


Tandatangan ibu bapa/penjaga :



…………………………………………….
Nama         :
No. K/p      :


Disemak oleh :



………………………………………….....
(TUAN HAJI AHMAD BIN KAMARI)
Guru Besar
SK Lelaki Bandar, Kluang

                                                         
PANDUAN MENGGUNAKAN BPM
(BUKU PERISIAN MAKLUMAN)

KEPADA GURU :

  1. Memastikan semua murid mendapat sebuah buku BPM.
  2. Memastikan setiap surat atau nota makluman dilampir dengan kemas.
  3. Memastikan ibubapa/penjaga telah menandatangani Panduan Disiplin Sekolah.
  4. Memastikan ibubapa/penjaga telah menandatangani surat/nota makluman setiap kali murid mengembalikan BPM.
  5. Segala promosi bercetak tidak dibenarkan dilampir bersama di dalam BPM.

KEPADA IBUBAPA/PENJAGA :
           
  1. Memastikan semua butiran maklumat anak telah dikemaskini dan dilengkapkan.
  2. Memantau setiap hari BPM di dalam beg sekolah anak.
  3. Memastikan Panduan Disiplin Sekolah, surat atau nota makluman ditandatangani apabila selesai      dibaca.
  4. Memastikan BPM telah dikembalikan semula kepada guru.

KEPADA MURID :

  1. Memastikan Buku Perisian Makluman tidak diconteng atau koyak.
  2. Memastikan Buku Perisian Makluman sampai kepada ibubapa/penjaga.
  3. Memastikan Buku Perisian Makluman diberikan semula kepada guru atau Pembantu Pengurusan Murid.

            MAKLUMAT MURID

NAMA PENUH        : ____________________________________

KELAS                : ________________

NAMA PENJAGA     : ____________________________________

ALAMAT TERKINI  : ____________________________________

                          ____________________________________

NO.
TEL PEJ/RMH/       : _________________ T.B : ______________


MAKLUMAT GURU

NAMA PENUH        : NAZATULAKMA BINTI SATAR

KELAS                : PRASEKOLAH ARIF

NO.TEL. PEJ.        : 07-7712195                 T.B    : 019-7562060


NAMA PENUH        : NORATENADEWI BINTI TEBANA

KELAS                : PRASEKOLAH BIJAK

NO. TEL PEJ.        : 07-7712195         T.B    : 013-7437505



JADUAL PEMAKAIAN PRASEKOLAH

HARI
PAKAIAN
WARNA PAKAIAN
CATATAN GURU
ISNIN
UNIFORM SEKOLAH,
KASUT DAN STOKING PUTIH


SELASA
BAJU SUKAN JABATAN,
KASUT DAN STOKING PUTIH


RABU
BAJU SUKAN SEKOLAH,
KASUT DAN STOKING PUTIH


KHAMIS
BAJU SUKAN JABATAN,
KASUT DAN STOKING PUTIH


JUMAAT
UNIFORM SEKOLAH,
KASUT DAN STOKING PUTIH




NOTA :

Pemakaian selain dari dalam jadual tidak dibenarkan sama sekali KECUALI bersebab dan telah dimaklumkan kepada guru.





0 comments:

Post a Comment