Wednesday, December 26, 2012

Aluan

Selamat Datang ke 

Prasekolah SK Lelaki Bandar 

Sesi 2013

Monday, November 19, 2012

Pengembala Biri-biri Dan Serigala (Upin & Ipin)


DUNIA TEKNOLOGI


1.         RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tema : Dunia Teknologi
Subtema : Penggunaan ICT
Mata Pelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi
Kelas : Prasekolah Bijak SK Lelaki Bandar, Kluang
Bilangan Murid : 16 orang
Tarikh : 9 November 2011
Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit)
Tajuk : Keluarga Komputer
Objektif/Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
i) (ST 13.1.1) Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci,  unit sistem)
ii) (ST 2.3.7) Menyatakan cirri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan.
Penggabungjalinan/Kesepaduan : 
(i) (PM 12.1.1) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.
(ii) (PSE 3.2.2) Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti.
(iii) (BM 2.1.7) Menamakan objek dipersekitaran.
Bahan Bantu Mengajar :
LCD, Set Komputer Meja, Kotak Kosong, Papan Kekunci, Tetikus, Komputer Riba, Papan Putih
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i) set induks; bertanya khabar, langkah keselamatan dan bersoaljawab
ii) aktiviti: pengenalan, tunjukcara - penggunaan bahan bantu mengajar- penciptaan objek (magik), pengukuhan berkumpulan
iii) penutup : simulasi dan rumusan guru
Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab, bertolak ansur, gembira  dan  tekun.
KBKK : menjana idea, merekacipta, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : pengetahuan sedia ada murid terhadap keluarga mereka (bagi penyamaan dengan keluarga komputer) dan perkataan komputer.
Pelaksanaan P&P :
Langkah/Isi Pelajaran
Objektif
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan/nilai/
Bahan
Set induksi
(5 min)


Menarik perhatian dan minat murid


- Bertanya khabar kesihatan dan pengkaitan langkah kebersihan dan keselamatan ketika berada di dalam makmal komputer.
- Guru bersoaljawab subtema dan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
- Murid mengeja prkataan KOM-PU-TER
Nilai :
Mengikut giliran
Bahan:
Papan putih
Maker pen
Langkah 1
(15 minit)







Memahami dan mengingati ahli Keluarga Komputer





- Guru menayangkan pelbagai jenis gambarajah komputer.
- Guru menyatakan ciri sepunya gambarajah dan bahan mewujud yang sebenar.
- Sesi bersoaljawab nama-nama Keluarga Komputer bersama murid (bergilir-gilir).
- Murid mengeja nama-nama Keluarga Komputer.
- Murid membuat persembahan magika  bersama guru.
Nilai:
Memberi perhatian
Mengingat dan memahami
Bahan:
LCD
Set Komputer Meja
Komputer Riba
Papan Putih
Maker Pen
Kotak Kosong
Langkah 2
5 minit







Memberi penghargaan terhadap hasil kerja
Gembira dengan hasil kerja yang telah siap
- Murid berada dalam pecahan kumpulan bagi aktiviti ‘Susun Keluarga Saya’.
- Guru membuat penilaian markah kumpulan dan memberi penghargaan.





Nilai:
Tekun
Bekerjasama
Bertolak Ansur
Berusaha
Yakin diri
Gembira
Bahan :
Ser Komputer Meja
Meja Komputer
Penutup
(5 minit)
- Guru meminta murid berkumpul dalam bulatan.
- Murid membuat simulasi pergerakan pengakaitannya dengan spek komputer.
- Guru meminta murid menyatakan semula ahli Keluarga Komputer.
Nilai :
Berani
Berusaha
Yakin diri


2.            RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN MIKRO
Sila ‘Klik’ ayat di atas bagi melihat video yang telah di ‘Link’.

REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
            Alhamdulillah saya telah selesai membuat rakaman makro pengajaran. Rakaman       makro pengajaran yang dijalankan pada kali ini mengambil  masa hampir 40 minit. Walaupun  makro-pengajaran hanyalah 30 minit sahaja tetapi masa yang saya ambil melebihi hampir 10 minit. Di dalam makro pengajaran yang dijalankan, di sini terdapat kekuatan dan juga kelemahan pada diri saya.
Saya menjalankan makro pengajaran bagi  kelas prasekolah saya (Pra Bijak)  bertemakan Dunia Teknologi dengan subtema bertajuk Penggunaan ICT antara subtema yang saya minati. Pada permulaan  pengajaran dan pembelajaran pada hari itu murid nampaknya telah bersedia untuk belajar. Murid-murid dapat memberi kerjasama dengan baik, setiap soalan yang saya kemukakan mereka cuba menjawabnya  walaupun  tidak  tepat (pada sesi induksi-pengenalan) namun cukup memberansangkan dan mereka menguasai nama-nama bahagian komputer dengan pendekatan yang saya bawa iaitu ‘Keluarga Komputer’pada pertengahan dan akhir pembelajaran. Mereka  memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan pengajaran.
  Terdapat sepuluh kemahiran mikro pengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran (induksi)  termasuk mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran dan membuat refleksi. Di sini saya memilih Kemahiran Variasi Ransangan dengan membuat demonstrasi kerana ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Dalam masa yang sama juga saya mengetengahkan 2 kemahiran lain iaitu:
ii)            Kemahiran Berfikir : Meneliti,Menjana idea dan Mengenal pasti.
iii)           Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, Mencatat, dan Menulis.

Pada langkah pertama iaitu langkah menjana atau mencungkil idea atau pun dikenali sebagai set induksi, saya cuba memancing minat dan perhatian murid dengan menyoal murid agar mereka meneka apakah benda yang ada di dalam kotak ajaib. Untuk mendapat jawapannya, semua murid perlu memberi perhatian kepada pembelajaran pada hari tersebut. Saya juga memulakan sesi induksi dengan bertanya khabar kesihatan dan membuat pengkaitan kepada langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam makmal komputer. Di samping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka berjaya menjawab soalan yang dikemukan.
Pada langkah kedua pengajaran yang dikenali sebagai menstruktur semula , saya menyuruh murid-murid menyebut bahagian-bahagian komputer dengan bimbingan saya. Murid juga terbimbing untuk membezakan komputer meja dengan komputer riba.  Pada langkah yang ketiga iaitu Aplikasi Idea , saya mengetengahkan maksud ‘Keluarga Komputer’ dan nama-nama ahli keluarga komputer. Murid-murid begitu seronok memadankan bahagian komputer sebenar dengan gelaran keluarga manusia seperti “ibu, ayah, kakak, abang dan adik komputer”. Murid berusaha mengeja setiap perkataan dan sabar menunggu giliran untuk mencuba. Nampaknya daripada 5 nama bagi bahagian komputer itu, 1 sahaja yang sukar untuk disebut atau diingat iaitu unit pemprosesan (unit sistem). Di pertengahan sesi pembelajaran, saya berjenaka dengan membuat magika ‘Kotak Ajaib’ yang terkandung di dalamnya bahagaian-bahagian komputer meja dan sebuah komputer riba.
Di akhir pengajaran, saya meminta murid-murid berada dalam kumpulan bagi aktiviti menyusun semula bahagian ahli keluarga komputer yang berterabur atau tidak tersusun kemas di atas meja komputer.  Murid terdahulu menamakan setiap bahagian komputer dengan kebenaran daripada saya untuk mereka menyentuhnya. Murid labih mudah mengingati bahagian dengan menyatakan ciri sepunya pada tetikus kerana ia menyerupai seekor tikus. Namun saya masih dapat bernafas lega kerana 12 orang daripada 16 murid pada hari itu dapat menghafal 4 daripada 5 nama bahagian keluarga komputer.

Saya telah menetapkan 2 objektif utama dan 3 objektif sampingan di dalam rancangan pelajaran harian saya iaitu :
Diakhir pengajaran ini murid-murid akan dapat :
Objektif utama
Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci,  unit sistem) dan menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan.
Objektif sampingan
Menjayakan aktiviti secara berkumpulan, bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti serta dapat menamakan 4 daripada 5 bahagian komputer.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Antara kekuatan yang saya ada bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah :
1.    Pergerakan
KEKUATAN : Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang bahagian hadapan tepi atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.  Saya cuba mengelak  pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah kerana ianya akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
KELEMAHAN : Pergerakan saya agak terbatas kerana terpaksa padamkan lampu dan sedikit bimbang akan terpijak kaki atau jari murid di baris hadapan.
2.         Gerak-geri semulajadi guru (gesture)
KEKUATAN : Saya berusaha menggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan supaya dapat menarik perhatian murid.  
KELEMAHAN : Sedikit terganggu dengan kehadiran keluar masuk pelajar kelas perdana yang hadir ke bilik makmal komputer serta perbualan bernada kuat daripada guru dan murid yang bukan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran sedangkan telah jelas mengetahui pergerakkan kami sedang mengadakan pengajaran mikro.
3.         Mengubah nada pertuturan
KEKUATAN : Saya dengan sengaja mengubah-ubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid  terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
KELEMAHAN : Lebih memberansangkan sekiranya saya membawa kepingan kad bergambar ibu, ayah, kakak, abang dan adik yang telah ada di dalam kelas (ABM sebelum ini). Murid akan lebih jelas dan seronok melihat gambar yang pelbagai warna.
4.         Penglibatan murid secara lisan dan amali
KEKUATAN : Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat  menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dan amali dalam pelajaran.   Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. Di samping penerapan lelucon dan humor saya bersama mereka.
5.         Penggunaan pancaindera
KEKUATAN : Saya mengubah-ubah aktiviti dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambarajah atau model komputer sebenar agar dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran pada hari itu. Ini juga bertujuan untuk menambah kesan penyampaian maklumat yang berkesan kepada mereka.
6.         Aktiviti fizikal
KEKUATAN : Saya berusaha memberi peluang kepada murid membuat aktiviti sendiri yang mendorong keberanian mereka untuk terus mencuba mendapatkan jawapan serta pengahargaan yang sepatutnya saya berikan.
KELEMAHAN : Saya tidak membawa hadiah kumpulan bersama ke makmal  komputer pada hari tersebut, namun saya telah janjikan kepada mereka untuk memberikannya di dalam kelas (hadiah buku latihan KOMPUTER).
 Kesimpulan Kemahiran yang Dipilih
Matlamat saya ialah saya inginkan penyampaian yang jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. Saya telah cuba menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan penajaran dan pembelajaran. Perancangan yang teliti dan memerlukan saya berfikir hampir 1 hari bagi mencari pendekatan termudah untuk murid cepat memahami dan menghafal nama bahagian-bahagian komputer, dan yang paling penting saya terlalu mengharapkan  rangsangan dan tindak balas murid yang positif. Itu mampu menunjukkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu menyeronokkan dan berkesan.

 BIBLIOGRAFI
Rujukan Utama
KPD3016 dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran (Jilid 1) Pusat Pendidikan                                
      Luar UPSI 2011, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan, Bahagian Pembangunan Kurikulum  
      Kementerian Pelajaran Malaysia 11 Okt 2009.

Dokumen Rancangan Tahunan Prasekolah 2011.

Rujukan Sampingan

Rujukan Sisipan
Paparan diambil daripada :
http://www.skkb.net/download/Pendidikan%20Moral%20KSSR%20Tahun%202/bahan%20kursus/Pengajaran%20mikro%20Pend%20Moral.pdf